|
Sesi persekolahan 2009 bermula 4 Januari |
|
|
|
|
Wednesday, 24 September 2008 14:11 |
KUALA LUMPUR: 24 September - Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi Kedah, Kelantan
dan Terengganu akan bermula pada 4 Januari manakala bagi negeri lain
pada hari berikutnya.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar
persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah di Kedah,
Kelantan dan Terengganu dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan
tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29
Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 November hingga 2 Jannuari 2010.
Bagi negeri lain, cuti penggal pertama bermula 14 Mac hingga
22 Mac; pertengahan tahun 30 Mei hingga 14 Jun; penggal kedua 22 Ogos
hingga 30 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 21 November hingga 3 Januari
2010.
Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 208 hari. - Bernama
|
|
Last Updated on Wednesday, 24 September 2008 14:13 |
|
|
APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH? |
|
|
|
|
Wednesday, 24 September 2008 14:15 |
|
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan
lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan
kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan
dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian
Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari
iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi >
maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan
ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan
murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh
dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses
kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar
kendiri (self-paced).
PENGENALAN
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan
era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan
dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing
dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan
satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian
dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan
seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan
serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran
dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan
bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
|
|
Last Updated on Wednesday, 24 September 2008 14:16 |
|
Dua (2) Pingat Perak di Danang, Vietnam |
|
|
|
|
Written by Ahmad Mazlan Mohamad Nor
|
|
Monday, 08 September 2008 16:00 |
|
Tiger Of The Year 2008, Muhammad Hakimi bin Ismail lagi sekali membuktikan kehebatannya di peringkat antarabangsa dengan berjaya memenangi dua (2) Pingat Perak dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah ASEAN yang telah berlansung di Danang, Vietnam pada 25 Ogos 2008 hingga 27 Ogos 2008 baru-baru ini.
Pingat Perak yang diraih adalah dalam acara Lompat Kijang (15.09m) dan Lompat Jauh (7.15m)
Pelajar ini juga telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Olahraga The 3rd Commonwealth Youth Games 2008 yang akan berlansung di Pune, India pada 12 Oktober - 18 Oktober.Beliau akan mengambil bahagian dalam acara Lompat Kijang yang akan diadakan pada pukul 4.30 petang, 14 Oktober 2008 (Selasa).
TAHNIAH diucapkan kepada Hakimi. Semoga kejayaan akan terus dicipta dalam kejohanan di India kelak.

Biodata
Nama: Muhammad Hakimi bin Ismail
Tingkatan: 5 Sains 1
No. Kad Pengenalan: 910408-06-5637 |
|
Last Updated on Monday, 08 September 2008 22:04 |
|
NAMAMU………KING EDWARD TERPAHAT DI HATI |
|
|
|
|
Thursday, 07 August 2008 13:12 |
|
(Sajak ini didedikasikan
untuk semua Edwardian di seluruh Negara)
Magni Nominis Umbra
Ngauman bergempita seantero
Malaya
Ayuh bersama
Kita bongkar sejarah silam
1883 rentetan kenangan
Nostalgia indah
Ukiran Edwardian
Cetusan warisan berzaman
|
|
Last Updated on Sunday, 10 August 2008 13:52 |
|
Read more...
|
|
Sekolah King Edward saksi pelbagai sejarah negara |
|
|
|
|
Friday, 01 August 2008 08:12 |
|
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
JIKA wajah bangsa Malaysia sebenar ingin dijejak susur galurnya, barangkali ia akan turut berpenghujung di Sekolah King Edward VII (SKE VII), Taiping, Perak.Sekolah yang kini berusia 125 tahun itu menyimpan sejarah keharmonian dan perpaduan kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India seawal penubuhannya pada Julai 1883.Merupakan sekolah pertama dalam Negeri-Negeri Selat, sekolah ini pada awal penubuhannya dikenali sebagai Sekolah Pusat (Central School) dengan 13 orang pelajar sebelum bertambah kepada 55 orang setahun kemudiannya.Pada 1905, ketika bangunan sekolah itu dipindahkan ke tapak seperti hari ini ekoran pertambahan bilangan pelajar, guru besarnya iaitu Roger Francis Stainer mencadangkan namanya ditukar kepada King Edward, iaitu Raja British yang menggantikan Queen Victoria yang meninggal pada 1901.
Penukaran nama itu sendiri mencatatkan satu sejarah kerana adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang raja British memberikan keizinan untuk namanya digunakan sebagai gelaran sekolah.Namun bagi Sekolah Pusat, ia mendapat perkenan King Edward VII kerana British ketika itu mahu menjadikan sekolah tersebut sebagai model kepada pendidikan di negara-negara Komanwel.Lalu, lahirlah Sekolah King Edward VII, iaitu sekolah pertama di Tanah Melayu yang dinamakan sempena nama raja British dan dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mersid Al-Azam Shah Iskandar Shah pada 19 Januari 1906.
Identiti utama sekolah itu iaitu pintu gerbang unik yang menjadi lambang prestij dibina pada 1908, manakala pokok besar yang masih gagah berdiri di hadapan sekolah itu sehingga kini pula merupakan landskap asal sekolah berkenaan yang ditanam pada 1910.Menyusuri akar sejarahnya yang panjang, sekolah itu juga akan menemukan catatan peristiwa yang sukar untuk dilupakan termasuk dijadikan ibu pejabat polis rahsia tentera Jepun, Malayan Kempeitai. Pada zaman itu juga, bangunan asal sekolah itu telah dijadikan pusat penyeksaan tahanan tentera.
|
|
Last Updated on Sunday, 03 August 2008 07:41 |
|
Read more...
|
|
|
<< Start < Prev 11 12 13 14 15 Next > End >>
|
|
Page 12 of 15 |