| Pengumuman Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) |
|
|
|
| Written by MOHD FADDLI SAAD |
| Thursday, 24 December 2009 10:20 |
|
Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 telah diumumkan di seluruh negara pada 24/12/2009. Di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Taiping, seramai 220 orang pelajar telah menduduki Peperiksaan PMR 2009. Penulis yakin perasaan calon PMR sebelum mengambil keputusan sememangnya mendebarkan. Begitu juga perasaan di jiwa guru-guru SMK King Edward VII, Taiping. Ketika keputusan peperiksaan diedarkan kepada para pelajar, penulis sempat berbual dengan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan 8A dalam PMR 2009. Tidak lekang di mulut mereka mengucapkan ucapan syukur kepadaNya dan terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing mereka sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Sememangnya apa yang ingin penulis tekankan disini ialah para pelajar akan merasai nikmat kecermerlangan sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Percayalah bahawa teguran yang diberikan oleh guru-guru bukanlah tanda kebencian tetapi itu adalah tanda sayang dan kasih seorang insan bergelar guru. Di sini penulis ingin berkongsi beberapa kata-kata hikmat yang boleh dijadikan renungan bersama. “ Sesiapa yang belum merasakan susahnya belajar walau sesaat dia akan merasakan pahitnya kebodohan seumur hidup”, Penyakit penawarnya ialah ubat manakala kemiskinan penawarnya ialah ilmu”. Sekian Salam Hormat, Salam Bestari, Wacana Hati, Permisi Diri. Syabas dan tahniah.
|
| Last Updated on Sunday, 07 February 2010 11:28 |










