smkevii.edu.my

Weblink

 

 


 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

INFO SEMASA


Makluman Kepada Semua Warga SMK King Edward VII

5 - 20 Jun 2010: CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Capaian dari rumah SAHAJA

 

Capaian dari sekolah SAHAJA klik

Unit Kaunseling

 

Klik imej untuk ke Laman Web Unit Kaunseling .

Ikuti Perkembangan Unit Kaunseling melalui web ini.

 

Radio SMKEVII (24 jam) - Rangkaian SchoolNet Sahaja

Akhbar Hari Ini

 
 
 
 
Education News
 
Malaysia News
 

Keputusan Olahraga LMS 2010

 KEJOHANAN SUKAN DAERAH LMS KALI KE 54 2010

(Padang SMK Teknik Taiping)

Keputusan Kejohanan  

Kategori Lelaki klik / pingat 

Kategori Perempuan klik / pingat

Kategori Sek Rendah pingatklik   

1. Hari Pertama - 30 Mac 2010 klik 

2. Hari Kedua - 31 Mac 2010 klik

3. Hari Ketiga - 1 April 2010 klik

4. Hari Keempat - 2 April 2010 klik

5. Panduan Nama-nama Sekolah klik

6.  Senarai Peserta Terbaik:

       i - Sekolah Rendah: 

         P11 / P12 / L11 / L12 

       ii - Sekolah Menengah: 

         P14 / P15 / P18 L14 / L15 / L18

7. Rekod Baru klik 

8. Senarai Pemenang klik 

smkevii chat room

e mel: webmaster@smkevii.edu.my

 

SEJARAH SEKOLAH PDF Print E-mail
Written by Åžhãrì   
Tuesday, 27 May 2008 03:36

Sejarah sekolah King Edward VII bermula pada Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat berpunca dari perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting. Bermula dengan 13 orang murid, bilangan tersebut bertambah menjadi 55 orang pada akhir tahun 1884.

Pada tahun 1885 sebuah gelanggang Gimnastik dibina di Sekolah Pusat itu sehingga menyebabkan keperluan untuk bangunan baru dan kawasan yang lebih luas. Kawasan yang dipilih ialah tempat terletaknya Sekolah Rendah King Edward (1) sekarang. Bangunan-bangunan baru mula dibina pada 1904 dan siap pada 1905 dan menelan kos RM 93,000.

 

Mr. R.F. Stainer, Guru Besar kedua Sekolah Pusat telah mencadangkan nama Sekolah Pusat ditukar

kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan King Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901. Warna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh.

Sekolah King Edward VII dirasmikan oleh Y.T.M. Sultan Perak pada tahun 1905 di mana jumlah pelajar pada masa itu ialah 434 orang.

Dalam bidang permainan, prestasi cemerlang ditunjukkan dalam bidang bola sepak, kriket, gimnastik, dan olahraga. Pasukan kadet Tentera juga telah ditubuhkan pada tahun 1919 dengan Mr. Stainer seiring menjadi Pegawai Pemerintah. Pada tahun 1922 lahir Pasukan Pengakap yang dikenali sebagai 'Second Taiping' di bawah pimpinan En. D.G. Doral dan En. Surjan Singh.

Mr. TJ Thomas telah memperkenalkan permainan ragbi di sekolah ini pada tahun 1923. Dalam pertandingan ragbi antara Sekolah-sekolah Melayu kali yang pertama pada tahun 1923, Sekolah King Edward VII dengan mudah menewaskan pasukan Sekolah Penang Free.

Pada masa pendudukan Jepun, tiada persekolahan dijalankan di Sekolah King Edward VII kerana tentera Jepun menggunakan sekolah ini sebagai markas ‘Malayan Kompeitai’ dan padang sekolah permainan telah dijadikan tempat untuk bercucuk tanam.

Pada 1 Oktober, persekolahan disambung dengan menumpang di bahagian petang Sekolah St. George's Institution. Pada 14 Januari 1946, barulah pelajar-pelajar kembali ke sekolah asal di bawah naungan Captain C.R Tolliday. Ketika itu, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1004 orang dan sekolah beroperasi di empat unit bangunan.

Kelas rendah dijalankan di bangunan di jalan Trump, kelas Elementary di 'Sheffield Hostel' di Jalan Muzium dan di Hostel Murid Tua di Jalan Stesen. Kelas menengah pula ditempatkan di bangunan utama iaitu berhampiran Rumah Rehat Taiping.

Pada tahun 1951,di samping makmal sains, terdapat bilik untuk Geografi,Sejarah dan Lukisan.Kelas tingkatan 6 bermula pada tahun 1954 dan ketika itulah pelajar perempuan pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini.

Pada tahun 1958, berlaku pemisahan bagi kelas-kelas Rendah dan Menengah kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai.

Kelas Rendah dibahagikan kepada dua iaitu 'Primary Satu dan Dua' yang ditempatkan di bangunan induk di Jalan Stesen dan Kelas Menengah di blok Shieffield, 'Former Infant Department,' dan di blok-blok baru yang didirikan di sepanjang Jalan Trunt.

1960-Kelas Tingkatan Satu pengantar Melayu telah dimulakan.

1965-Buat pertama kali , pelajar pengantar Melayu menduduki peperiksaan SPM.

1969-Kelas Tingkatan 6 Pengantar Melayu dimulakan. Sekolah King Edward VII merupakan satu-satunya sekolah di semenanjung yang mempunyai kedua-dua pengantar Melayu dan Inggeris

Semenjak tahun 1961, permainan ragbi berada di dalam zaman kegemilangan masih dipertahankan sehingga hari ini. Pasukan merentas desa juga tidak pernah tewas sejak 1965, di mana pasukan itu pernah tiga kali menjuarai 'Open Road Relay', anjuran Universiti Malaya. Pasukan kriket juga pernah memenangi 'Piala Dragon', dan menjadi Juara Negeri Perak.

Pengetua-pengetua pada tahun-tahun 1950an dan 1960an seperti J.E.M Ambrose, E.H. Bromley, W.V. Hobson, J.A. McCumiskey dan Bion Dury telah cuba mengekalkan kecemerlangan Sekolah King Edward VII dalam bidang akademik dan sukan.

Dari tahun 1964 hingga 1982, pengetua sekolah ialah Long Heng Hua yang merupakan pengetua yang paling lama berkhidmat di sekolah ini.

Pada tahun-tahun tersebut, sekolah terus menunjukkan kegemilangan dalam bidang akademik dan sukan terutama hoki dan gimnastik. Pada 1978, beberapa gimnastik telah terpilih mewakili negara dalam sukan SEA.

Pada 1988, SMKE menempa sejarah apabila pasukan sekolah pertama kali menjadi Johan bagi Negeri Perak bagi tiga permainan iaitu Bola Sepak, Hoki dan Ragbi.

1989 - Bangunan tambahan yang mempunyai
empat buah bilik darjah telah dijadikan
bengkel Kemahiran Hidup
1990 - Pelbagai kemudahan fizikal telah ditambah
termasuk Bilik Komputer, Stor Pencegah
Kebakaran, laluan berbumbung,
pengubahsuaian Bilik Guru dan lain-lain

1998 - Bengkel Kejuruteraan siap dibina bagi
menampung pelajar tingkatan 4 Lukisan
dan Teknologi Kejuruteraan yang baru
diperkenalkan di SMKE pada tahun tersebut.

1998 - SMKE menjadi Johan Ragbi dan Bola Sepak
bagi sekolah-sekolah Premier Negeri Perak.

1999 - SMKE telah dipilih sebagai salah sebuah
daripada 90 buah sekolah Bestari.

SMK KING EDWARD VII KINI

 

PINTU UTAMA BANGUNAN PENTADBIRAN &

 

TAPAK PERHIMPUNAN

 

 

 

PERPUSTAKAAN

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Last Updated on Saturday, 21 November 2009 01:02
 

Kegunaan Rangkaian Komputer Dalaman Sahaja

Translator

Module is designed by http://vivociti.comYouCMSAndBlog Module Generator Wizard PluginPowered by Joomla